Siri Pra Sekolah: Baju Cantik

  • $14.00
    Unit price per 


Alia ada baju baru. Dia mahu lebih banyak baju. Dia mahu sehelai baju ajaib yang boleh bertukar coraknya. Apa yang terjadi pada Alia apabila bajunya bertukar?

Baju Cantik adalah salah satu daripada enam buah buku bergambar kanak-kanak yang menarik oleh Nani Menon, diilustrasi oleh Emila Yusof. Buku ini dibuat dari kertas tebal dan saiznya juga lebih besar supaya sesuai untuk kanak-kanak kecil membaca sendiri atau bersama ibu-bapa.

NANI MENON sudah menghasilkan beberapa siri buku pra-sekolah yang menjadi rujukan di tadika seluruh negara. Beliau mempunyai pengalaman mengajar di tadika dan bekerja sebagai penyelaras selama 26 tahun di Makmal Perkembangan Kanak-kanak Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).

EMILA YUSOF adalah ilustrator dan penulis prolifik yang telah menghasilkan lebih dari 40 buah buku kanak-kanak. Beberapa buah buku beliau telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jerman, Vietnam, Cina dan juga Indonesia. Beliau telah memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.


Product Details
Language :: Bahasa Malaysia
Format: 260gsm card throughout
Size: 9.5 x 11.5 in
Pages: 12