Siri Pra Sekolah: Jangan Takut

  • $14.00
    Unit price per 


Danial takut akan gelap. Dia takut hantu. Hantu ada di mana-mana sahaja. Tetapi ibu Danial beritahu yang hantu tidak wujud. Jadi apa yang ada?

Jangan Takut adalah salah satu daripada enam buah buku bergambar kanak-kanak yang menarik oleh Nani Menon, diilustrasi oleh Emila Yusof. Buku ini dibuat dari kertas tebal dan saiznya juga lebih besar supaya sesuai untuk kanak-kanak kecil membaca sendiri atau bersama ibu-bapa.

 NANI MENON sudah menghasilkan beberapa siri buku pra-sekolah yang menjadi rujukan di tadika seluruh negara. Beliau mempunyai pengalaman mengajar di tadika dan bekerja sebagai penyelaras selama 26 tahun di Makmal Perkembangan Kanak-kanak Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).

EMILA YUSOF adalah ilustrator dan penulis prolifik yang telah menghasilkan lebih dari 40 buah buku kanak-kanak. Beberapa buah buku beliau telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jerman, Vietnam, Cina dan juga Indonesia. Beliau telah memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.


Product Details
Language :: Bahasa Malaysia
Format: 260gsm card throughout
Size: 9.5 x 11.5 in
Pages: 12