Al-Quran Humaira edisi Batik (Tagging)

  • $75.00
    Unit price per 


Memperkenalkan Edisi Terbaru Batik

Edisi Batik ini dihasilkan sebagai simbol khazanah negara.

Bagi mereka yang sentiasa nak berdamping dengan Al-Quran, tapi risau nampak macam ‘ustazah’ sangat, nak jaga hati dari riak dan malu di ‘judging’ oleh kawan rapat.

Maka, design moden seperti Edisi Batik ini mungkin sesuai dengan citarasa anda.

Selain ia boleh jadikan sebagai peneman di dalam kereta sewaktu trafik jam, di bilik pejabat, anda juga boleh wakafkan/hadiahkan di surau-surau anda solat.

Semoga kita semua lebih dekat dengan Al-Quran dan negara kita selamat daripada sebarang ancaman wabak. Amin Ya Rabbal a’lamin. 

  • Bersaiz A5 (separuh kertas A4), 18cm x 24cm. Ringan, mudah di bawa ke mana-mana saja.
  • Kulit luar diperbuat daripada PU Leather yang berkualiti dan tahan lasak. Membolehkan kandungan Al-Quran lebih terjaga & kemas.
  • Mempunyai terjemahan Bahasa Melayu Malaysia yang mudah difahami. Bukan terjemahan dari bahasa asing.
  • Turut menyediakan resam Rasmi Malaysia dan tajwid kod berwarna. Insya Allah, anda boleh baca Quran dengan tajwid yang tepat.
  • Ada penanda muka surat bertali untuk rujukan tajwid. Senang nak belajar hukum tajwid yang terdapat dalam Quran.
  • Disertakan hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan tema perbahasan ayat Quran bagi menambah kefahaman makna ayat tersebut.
  • Edisi Batik turut miliki 99 Asmaul Husna yang memudahkan pembaca mengingati dan mengenal nama-nama Allah SWT.
  • Edisi tagging merupakan koleksi 169 tag ayat yang berkaitan dengan pilihan doa-doa, ayat-ayat peringatan yang ada dalam Quran serta kisah para Nabi dan Rasul.
  • Turut disediakan ruangan khas bagi anda menyimpan pen & menyelit kad/nota penting dimana sahaja.