AL-QURAN PERTAMAKU - JUZUK AMMA EDISI KETIGA

  • $39.90
    Unit price per 


Juzu' Amma memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan orang-orang Islam. Surah-surah di dalam juzu' inilah yang paling banyak dibaca dalam solat dan juga dalam kehidupan seharian. Surah-surahnya pendek dan mudah dihafal.

Namun, amat tinggi nilainya. Seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasai, ”Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an.” Juz ‘Amma ini juga ditulis khas untuk kanak-kanak bagi menyemai cinta mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya. Ia juga bagi menarik minat mereka untuk membaca al-Quran serta memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang surah-surah yang terkandung dalam buku tersebut.

Lengkap dengan ilustrasi-ilustrasi yang cantik dan menarik, buku ini turut memuatkan peristiwa-peristiwa penting serta hikmah turunnya tiap-tiap surah itu.