Quran Al Amin (With Tagging)

  • $69.00
    Unit price per 


MEMPERKENALKAN EDISI TERBARU QURAN AL-AMIN

Kami faham ada dikalangan kita yang nak sentiasa berdamping dengan Al-Quran, tapi risau nampak macam ‘alim’ sangat, nak jaga hati dari riak dan malu di ‘judging’ oleh kawan rapat.

Maka, dengan itulah terhasilnya design moden seperti Al-Amin ini.

Ia sangat sesuai untuk lelaki maskulin yang suka bergaya dan urban namun ada jiwa Islamik di dalam hati.

Boleh jadikan Al-Amin sebagai peneman di dalam kereta sewaktu trafik jam, di bilik pejabat anda ataupun diwakafkan di surau-surau anda solat.

Semoga kita semua lebih dekat dengan Al-Quran. Amin Ya Rabbal a’lamin.

Bersaiz A5, 18cm x 24cm. Ringan, mudah di bawa ke mana-mana saja termasuk travel ke luar negara. Iman lebih terjaga.

Didatangkan 4 pilihan warna: Maroon, Hitam, Coklat & Biru Gelap. Style design kulit Quran berzip sesuai dengan citarasa lelaki.

Kulit diperbuat daripada PU Leather yang berkualiti dan tahan lasak. Membolehkan kandungan Al-Quran lebih terjaga & kemas.

Mempunyai terjemahan Bahasa Melayu dan mudah difahami. 

Turut menyediakan Resam Rasmi Malaysia dan tajwid kod berwarna. Insya Allah, anda boleh baca Quran dengan tajwid yang tepat.

Ada penanda muka surat bertali untuk rujukan tajwid. Senang nak belajar hukum tajwid yang terdapat dalam Quran.

Dinyatakan hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan tema perbahasan ayat Quran bagi menambah kefahaman makna ayat tersebut.

Quran Al-Amin miliki 99 Asmaul Husna yang memudahkan pembaca mengingati dan mengenal nama-nama Allah SWT.

Edisi tagging merupakan koleksi 169 tag ayat yang menceritakan hal ehwal lelaki samada doa, sikap, peranan dan kisah-kisah tokoh lelaki dalam Quran seperti para Nabi.

LELAKI YANG HEBAT-HEBAT DALAM AL-QURAN BY SYAARI AB RAHMAN

  • Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat.
  • Dia ialah lelaki yang biasa-biasa, namun saat imannya diugut oleh Raja yang jahat, dia berani masuk ke dalam gua dan meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi.
  • Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat berhadapan dengan ayah sendiri dan masyarakat yang jahil, dia berani mempertahankan kebenaran dan menghadapi ujian. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya.
  • Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat si ayah menerima arahan Tuhan untuk menyembelihnya, dia berani menyahut arahannya tanpa dolak-dalih. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya.

    Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran.