Set 100% Muslimah

  • $80.00
    Unit price per 


(Zikir dan Doa Muslimah Solehah/ 99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah/ 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia di Dunia dan Akhirat/ Hijrah Muslimah Milenial) - Ustazah Norhafizah Musa

Special Set Ustazah Norhafizah Musa - 100% Muslimah

Individual Pricing:

1. Zikir dan Doa Muslimah Solehah ($18.00)

2. 99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah ($29.90)

3. 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia di Dunia dan Akhirat ($21)

4. Hijrah Muslimah Milenial ($21)

**Zikir dan Doa Muslimah Solehah - Abu Ayyub El-Faruqi, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa**

Buku Zikir Muslimah Solehah ini sebagai salah satu bentuk ikhtiar bagi memberikan motivasi kepada Muslimah supaya lebih bersemangat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., sekali gus menguatkan rasa cinta kepada Allah s.w.t. Apabila kita menjaga doa dan zikir, amal soleh yang lain turut terjaga. Antara doa yang terkandung dalam buku ini, adalah:

Doa Solusi Masalah Hati
Doa Bagi Masalah Kewanitaan
Doa Solusi Masalah Pendidikan
Doa Solusi Masalah Karier dan Perniagaan
Doa Solusi Masalah Kelancaran Rezeki
Doa Solusi Masalah Cinta
Doa Solusi Masalah Keluarga
Doa Solusi Masalah Kesihatan
Doa Solusi Masalah Sihir
Doa dengan Asmaul Husna
Doa dengan Aktiviti 24 Jam

**99 Great Ways To Be Wonderful Muslimah - Muyassaroh Zuhri**

Islam sangat mencintai kaum wanita. Wanita digelar sebagai Muslimah dalam Islam. Muslimah dihormati dan dihargai dengan cara yang mulia. Muslimah perlu mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. supaya hidup sentiasa diberkati. Muslimah juga berhak memiliki impian. Bahkan mereka dapat menggapai impian yang dicita-citakan tanpa perlu meninggalkan sifat-sifat semula jadi seorang wanita. Muslimah hebat bukan diukur pada tinggi tahap pendidikannya, bukan juga diukur pada gaya pemakaiannya, tetapi cara berfikir yang positif dan istiqamah menulu ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Buku 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah mempunyai 99 cara dan tip bagi menjadi Muslimah hebat bukan sahaja pada mata manusia, namun yang lebih utama hebat di sisi Allah s.w.t. Mencintai diri sendiri, sentiasa bermuhasabah, dan memperbetulkan kesilapan diri dapat meningkatkan aura positif untuk diri sendiri dan persekitaran. Muslimah juga perlu sentiasa berprasangka baik dengan Allah s.w.t. dan sesama makkluk yang lain. Buku ini membongkar 99 cara dan tip bagi membantu Muslimah merealisasikan cita-cita menjadi wanita hebat bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga.

**1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia di Dunia dan Akhirat - Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Tim Penulis PTS**

Islam mengangkat martabat wanita setinggi-tingginya. Islam juga menilai bahagia seorang wanita bergelar Muslimah itu daripada pelbagai aspek dalam kehidupan. Nilai kebahagiaan seorang Muslimah dinilai daripada persepsi dan pandangan sesetengah individu yang berilmu. Buku ini memfokuskan kepada 7 aspek kebahagiaan utama seorang Muslimah iaitu:

- Keluarga
- Kesihatan
- Kerjaya,
- Komunikasi
- Hiburan
- Kepimpinan
- Ibadah

Buku ini membicarakan soal kehidupan termasuk hukum-hakam dan garis panduan yang mengikut syariat Islam. Buku ini distrukturkan dalam bentuk tulisan yang mudah serta panduan praktikal yang boleh diaplikasikan oleh semua golongan wanita yang tinggi darjatnya di sisi Sang Pencipta… semestinya buat mereka yang bergelar Muslimah.

**Hijrah Muslimah Milenial - Ririn Rahayu, Nani Latifah**

Hijrah menjadi sebuah trend yang sering dipopularkan dalam kalangan public figure dan ustaz-ustaz muda melalui media sosial mahupun melalui kajian yang dijalankan. Ramai dalam kalangan generasi Z menyambut ikutan ini dengan baik, seperti mula berhijrah penampilan dan ibadah. Namun, adakah hijrah semata-mata terhad penampilan dan ibadah sahaja? Sedangkan hijrah pada makna sebenarnya cukup besar dalam mencipta perubahan kepada yang lebih baik.

Buku Hijrah Muslimah Milenial mengandungi tujuh perbahasan utama, iaitu bermula dengan cara muslimah menjaga hubungan dengan Rabbnya, tip-tip menggapai prestasi, cara menyantuni perasaan cinta, pengurusan dan aplikasi teknologi, menjaga pergaulan sesama muslimah dan juga muslim, bersahabat dengan orang sekeliling, serta cara dan kaedah muslimah untuk tetap produktif dan berdikari dalam pengurusan kewangan.

Melalui buku ini, kita akan memahami makna hijrah ini tidak semata-mata memperbaiki penampilan dan hubungan dengan Allah s.w.t. sahaja, tetapi juga berusaha menjadi peribadi yang lebih baik untuk orang lain terutama disekelilingnya. Tetap wujud, bergaul dan celik teknologi, wahai muslimah! Kerana kita hidup pada zaman ini.

Kita Muslimah Milennial.