Set Cerdas Mengurus Emosi (Set B- 5 buku)

  • $45.00
    Unit price per 
  • Save $4.50


 Buku 1: Aku Tidak Menjerit

Nisa baru mendapat adik. Ramai tetamu datang menziarahi adiknya. Dalam kesibukan ibu mengurus adik, Nisa merasa tersisih. Dia mencari perhatian ibu dengan menjerit-jerit. Para tetamu memerhati perangainya dan dia berasa malu. Apakah yang Nisa lakukan selanjutnya? Adakah dia masih suka menjerit-jerit lagi?

 Buku 2: Aku Tidak Memukul

Dani sangat suka bermain mangkuk putar. Tetapi dia tidak suka berkongsi dengan kawan-kawan lain. Setiap kali ada kawan yang mendekati mainan tersebut, Dani akan memukulnya. Akhirnya dia bermain bersendirian sehingga terjatuh. Oleh kerana takut dengan sifat pemarahnya, tiada kawan yang berani mendekatinya. Lama kelamaan, Dani berasa bosan. Apakah tindakan Dani seterusnya?

Buku 3: Aku Tidak Menggigit

Cika akan menggigit sesiapa sahaja yang membuatnya marah. Cika menggigit adik kerana merosakkan beruang teddynya. Cika menggigit Tora kerana Tora ingin bermain dengan beruang teddynya itu. Cika juga pernah menggigit kawan-kawannya yang lain. Oleh itu, mereka tidak lagi mahu bermain dengan Cika. Lama-kelamaan, Cika kesunyian. Dia mahu berbaik semula dengan kawan-kawannya. Apakah cara yang terbaik?

Buku 4: Jojo Demam

Buku 5: Jojo Tidak Mahu Makan


1. Mengajar kanak-kanak mengenal dan mengurus emosi melalui penceritaan. Ini amat penting untuk membina konsep kendiri yang positif
2. Cerita ini mengajar anak agar mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah
3. Cerita yang bersesuaian dengan peringkat umur dengan ilustrasi yang menarik
4. Teknik bacaan seperti bacaan bersama dan bacaan dengan bersuara boleh diaplikasikan supaya penceritaan lebih bermakna