Ya Allah, Bersama-Mu Aku Bahagia - oleh Ustazah Asma Harun, Dwi Suwiknyo

Ya Allah, Bersama-Mu Aku Bahagia - oleh Ustazah Asma Harun, Dwi Suwiknyo

  • $17.00
    Unit price per 


Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama seorang penulis terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah s.w.t. & hadis Rasulullah s.a.w. Buku Ya Allah Bersama-Mu Aku Bahagia, dipakejkan secara bersiri, dan ia adalah buku yang ketiga daripada 4 buah buku dalam siri ini.

Ya Allah Bersama-Mu Aku Bahagia, mengumpulkan 14 topik berkenaan sifat pergantungan dan tawakal yang perlu disemai dalam jiwa setiap hamba Allah yang dikupas dengan santai oleh Ustazah Asma Harun dan Ustaz Dwi Suwiknyo. Diselitkan juga dengan ‘Ustazah nak cerita’ daripada Ustazah Asma Harun yang membongkar kisah-kisah benar dan memberikan impak luar biasa kepada pembaca.

 

“Ya Allah, tiada yang mampu membahagiakan diriku kecuali Engkau. Pada saat aku bersedih dan cemas, pada saat aku menderita dan lemah, hanya kasih sayang-Mu yang dapat mengubatiku.”

“Tiada lagi yang ku inginkan selain selalu bersama dan dekat dengan-Mu. Ya Allah, bersama-mu, aku bahagia.”